Lagi tentang Skim Pencen

January 20, 2009 at 9:40 am | In Financial Literacy | Leave a Comment
Tags: , , , ,

MERUJUK KEPADA PETIKAN BERITA DI BAWAH;  Saya bersetuju pandangan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), bahawa, kerajaan perlu memberi pilihan kepada pekerja swasta sama ada untuk mengeluarkan simpanan mereka secara sekaligus atau secara bulanan.

YA, SETIAP ORANG PERLU DIBERI PILIHAN!

Apa juga pilihan mereka, dengan simpanan sekitar RM50,000 apabila bersara, secara umumnya, mereka akan;

  • Menghabiskan RM50,000 tersebut dalam tempoh kurang dari 5 tahun; jika mereka memilih untuk mengeluarkan sekaligus!
  • Menerima sekitar RM200 bulanan jika memilih untuk membuat pengeluaran bulanan!

Bagaimanapun, dalam kedua-dua kes, saya fikir, tiada seorang pun boleh bersara dengan aman apabila umur mencecah 55 tahun.  Mereka masih perlu bekerja, sampai akhir hayat.  Tiada jalan penyelesaian!

Saya berpendapat, MTUC perlu memberikan penekanan tentang pengurusan kewangan berhemah untuk ahli mereka, bukan setakat melalak dengan kerajaan tidak bersetuju itu dan ini sahaja.  Skala gaji minima RM1,000 sebulan sekalipun, tidak akan menyelesaikan masalah pekerja!

Mereka patut didik ahli mereka untuk mengurus aset dan menceburi bidang keusahawanan secara separuh masa, seawal umur 30 tahun lagi.  Ahli MTUC patut dididik cara menyimpan wang, melabur wang, membuat perusahaan kecil-kecilan (tentunya diluar waktu kerja!), sehingga mereka lebih bersedia menghadapi tempoh persaraan apabila mencapai umur 55.  Tidak semestinya terlalu kompleks, sehingga menggugat pekerjaaan sedia ada, cukup untuk melakukan sesuatu, asalkan ianya merupakan aktiviti merekayasa “Money Making Machine, MMM”, iaitu membina saluran kewangan secara berperingkat, mengukuhkankannya sebelum umur 45 dan mengutip hasilnya apabila bersara kelak.

Nampak macam sukar? Tidak semestinya!

Saya ada seorang rakan, umurnya sekitar 40 dan bekerja penyelia kilang, dan saya yakin beliau boleh bersara dengan aman nanti, kerana pada waktu ini, beliau sudahpun;

  1. Memiliki kereta yang sudah habis berbayar dan tidak memikirkan untuk beli kereta baru;
  2. Memiliki rumah kos rendah yang sudah habis berbayar dan boleh dijual /disewakan;
  3. Memiliki perniagaan kecilan membaiki motor dan sedang dikembangkan dalam tempoh 3 tahun ini;
  4. Memiliki simpanan dan insurans asas, cukup untuk menampung kos kecemasan selama 6 bulan;
  5. Memiliki pelaburan amanah saham, baik ditaja kerajaan atau swasta, sebagai pengumpulan aset jangka panjang.

Dari 5 perkara di atas, 4 perkara terakhir adalah MMM beliau!  Kesemuanya adalah aset yang boleh menjana kewangan beliau apabila bersara kelak, tanpa perlu bekerja sekalipun!

Dalam perjumpaan minggu lepas, beliau memaklumkan rakan-rakan sekilang risau dengan skim pemberhentian kerja akibat kegawatan ekonomi sekarang.  Kegusaran beliau tidak kelihatan langsung! Sebabnya, beliau dikenali sebagai pekerja komited (tentunya jika kena pun, dalam senarai terakhir, sebab Jabatan Sumber Manusia, secara umumnya akan buang pekerja bermasalah dulu!).  Satu sebab lagi, MMM beliau (perkara 2,3 & 4) adalah mencukupi untuk menempuh zaman gawat sekarang!

Saya amat kagum dengan beliau.  

Sungguhpun bergaji kecil, tetapi boleh dikatakan, beliau sudah membuat persiapan asas untuk 15 tahun akan datang.  MMM beliau mungkin belum sempurna, tapi cukup untuk menyara beliau sekurang-kurangnya 3 tahun lagi jika keadaan benar-benar terdesak!   Sesetengah orang mungkin bergaji besar lebih RM10K sebulan, tetapi jika mereka terpaksa berhenti kerja sekarang, barangkali hanya cukup untuk hidup tak sampai sebulan (sebab tiada MMM, ditambah dengan hutang keliling pinggang!)

Risau lagi tentang skim pencen?

Saya yakin tidak untuk rakan saya tadi.  Tahniah!


Petikan berita;

MTUC tidak setuju pencen ganti KWSP : Jan 19, 09 : Sumber dari MalaysiaKini

Cadangan untuk menukar skim Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) kepada skim pencen bulanan bagi pekerja sektor swasta, tidak sesuai memandangkan jumlah tabungan kebanyakan pekerja terlalu kecil, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini.

Setiausaha agungnya G Rajasegaran berkata, jumlah tabungan sebahagian besar daripada tujuh juta kakitangan sektor swasta dengan KWSP semasa bersara pada usia 55 tahun kurang daripada RM50,000.

“Katakanlah seseorang itu akan hidup selama 20 tahun lagi setelah bersara,

dan jika jumlah simpanannya dibayar secara ansuran bulanan bukan secara sekaligus, dia akan hanya menerima sekitar RM214 sebulan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jumlah itu sudah pasti tidak mencukupi bagi menyara kehidupan pesara terbabit, kata Rajasegaran bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam bahawa kabinet telah memberi lampu hijau kepada kementerian itu untuk mengkaji kemungkinan menukar skim KWSP kepada skim pencen bagi kakitangan sektor swasta.

Katanya cadangan itu pernah dibincangkan antara MTUC dan KWSP lebih 15 tahun lalu tetapi tidak ada sebarang keputusan dicapai hingga sekarang.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berpendapat bahawa bagi menjadikan cadangan berkenaan berdaya maju, kerajaan perlu memberi pilihan kepada pekerja swasta sama ada untuk mengeluarkan simpanan mereka secara sekaligus atau secara bulanan.

Pengarah eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata oleh kerana simpanan dalam KWSP adalah milik pekerja maka mereka berhak membuat apa saja mengenainya dan kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk mereka.

Sesungguhnya oleh Raihan

January 12, 2009 at 11:50 am | In Uncategorized | Leave a Comment

Take a Break!Enjoy the nasyid…

more about "Sesungguhnya oleh Raihan", posted with vodpod

3 Years Ago…

January 7, 2009 at 10:06 am | In Investment | 2 Comments
Tags: , , , , , , ,

About three years ago, the KLCI was ranged at about 900 points.  It was then the time I recommended people to invest in unit trust.  Although some bought my idea, others were skeptical about it.

Below are some of the responses I got from the potential investors;

  • I don’t think it is the right time to invest now, our economy has no direction..
  • Our current leaders is not as good as before, investors & FDIs are shying away, I don’t think I can make money in unit trust..
  • Business not good la.. you sure can make money aa..?
  • Bla, bla, bla…

About 2 years later, the KLCI hit above 1300 points!  So did other indexes abroad.  Many of my investors make money, with return as good as 60%.  But the US financial turmoil has affect the whole world equilibrium, and has indirectly dragged the KLCI point back to about 900 points.  Those who redeemed their investment before early 2008 were very happy, but those who did not, found that their value of money go back to square one.  Those who invested in mid – end of 2007, find that their money is now worth only 50% – 80% of their initial investment.

If we look back into the 3, 5 and 10 years range of economic cycle, we would see the same scenario.  We would see the same pattern.  Even if we look back the 15 – 25 years range, the same pattern appears again and again.  Yet, those invested in unit trust, particularly medium to long term investors, practically never lose their money.  In a presentation to my fellow investors, I noted that, unit trust investors, despite economic crisis and turmoil, see their money growing.

I consider the current economic situation as a reflection to 3 years ago.

We can reflect it back to 5, 10, 15, 25 or even 50 years ago! Of course they are not exactly the same (may call it similar but not the same!), considering the world economic crisis now.  It could even worse.  It may not recover at all.  Your money could possibly diminished in the next three years.  Blame it on US government, blame it on our weak goverment, blame it all!

Really?

Well, business, to some extend rely on government policy and other monetary policy, IMF, World Bank, bla, bla..  if you like it sound as technical as those jargon. But, ever since the World War 1 & 2, businesses have always find their way to recover and make money.  That’s the reason people like Warren Buffet make fortune when businesses are bad.  Simply because, people, and BUSINESS, will find ways to make a come back, and make investment recover.

Here are some advice;

  • If you have already invested (even if the value is now -50%), keep your investment and let it grow.  Pump in more money to keep your investment average cost low (use the dollar cost averaging principle, DCAP).
  • If you have no money to reinvest now, keep it there; let it grow later.
  • SELLING / REDEEM your investment at the current market condition IS NOT RECOMMENDED.
  • If you have been investing using the EPF Investment Scheme, you have no good reason for not reinvest!  Apply the DCAP now!
  • If you never invested before, INVEST NOW; the price is very cheap!
  • If you have already worked for 5 years with private company and think that you have no money to invest, check your eligibility with the EPF Investment Scheme; INVEST NOW; the price is very cheap!
  • Get more units, NOW!

Put your skeptics aside! SAY, 3 YEARS LATER;

  • If the economy becoming worse, you would lose your money only if you redeem the investment.  Otherwise, it’s just a paper loss, and it happen every minutes even if you hate it!
  • If the economy becoming better, your money could grow better!

Here are another reflections;

  • When the mainstream media told  you that everything is OK, everything become worse!
  • When the mainstream media told  you that everything is BAD, everything become better!

Whether it is about politic, business or economy, you will find that the reverse situation has always happened.  I’m not saying that someone is controlling something to make gain from others panicking, neither  saying that my assumption and advice are perfectly applicable.

But, think about it!  Make a wise investment decision!

Good luck!

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.